Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5

Gambar hiasan

Ada juga pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan menaikkan harga makanan pada mangsa-mangsa banjir. Semangkuk mee segera dengan telur dijual dengan harga RM9! Tetapi berlainan pula dengan adik beradik ini yang sanggup menyediakan makan percuma tiga kali sehari kepada mangsa banjir.

Zhang Zi Cai dan Zhang Chun Yun, kedua-dua mereka adalah pengusaha kedai kopi di Kuala Krai. Usaha dua beradik membantu mangsa banjir ini turut dibantu oleh ibu mereka yang kini berusia 80 tahun dan beberapa sukarelawan yang lain.

Namun, dalam hati yang bersimpati membantu mangsa banjir, keluarga sukarelawan itu kadang kala kecewa dengan kerenah sesetengah mangsa banjir yang bersikap cerewet dan tidak menghargai bantuan yang diberikan.

Menurut Chun Yun, kebanyakan mangsa banjir yang menjamu makanan percuma di kedainya adalah mangsa banjir berketurunan cina. Apa yang buruknya, ada di kalangan mereka yang tidak mengemas selepas makan.

Tambahnya lagi, ada juga mangsa banjir yang cerewet dan meminta jenis lauk dipelbagaikan, malah membandingkan lauk yang dihindangkan di kawasan bencana lain.

"Saya juga mempunyai seorang kawan sukarelawan yang dimarah oleh mangsa banjir. Ada juga mangsa banjir yang asyik merungut tanpa mempertimbangkan faktor kekurangan sumber pada masa ini," katanya.

Dedahnya lagi, malam 28 Disember, dia turut menyaksikan bagaimana sekumpulan mangsa banjir menceroboh sebuah pasar raya dan keadaan yang sangat menakutkan.

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top