Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5



LONDON: Lionel Messi berkata dia bersedia untuk berunding dengan Chelsea atau Manchester City jika dia ditawarkan kontrak lumayan STG500m (RM2.5 bilion) untuk berpindah dari Barcelona, musim panas ini.

Bintang Argentina itu dikatakan 'ada masalah' dengan pengurus kelab dari Catalan itu, Luis Enrique dan mahu berpindah tapi harga diletakkan itu menimbulkan tanda soal, kelab mana mampu membeli penyerang prolifik itu.

Difahamkan, Messi bersedia mendengar mengenai tawaran itu dan sudah muak dengan perkembangan di Nou Camp.

Chelsea menyuarakan rasa minat tapi tetap menjarakkan diri daripada membuat sebarang langkahan ketika ini menilai harga terlalu tinggi itu.
Penolong pengurus, Steve Holland, hari ini berkata gergasi Liga Perdana Inggeris itu belum bersedia mendapatkan Messi.

Pemain Terbaik dunia empat kali itu ada klausa membeli dengan nilai STG200 juta (RM1 bilion) dalam kontraknya dari kelab La Liga itu.

Namun, tuntutan gaji oleh pemain itu mungkin memaksa kelab yang mengikatnya untuk membayar jumlah sekitar STG500 juta. - Agensi

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top