Perkongsian tips menabung dalam diam dari Q Rhy Mey ini mendapat 1,700 SHARES di Facebook. Asalnya, tips ini adalah untuk kaki traveller. Namun sesuai juga untuk mereka yang mahu menabung bagi tujuan-tujuan yang lain.
Ada rakan bertanya pada saya, bagaimana saya boleh menyimpan duit dan travel walaupun saya tidak kaya? Berdasarkan pengalaman, ini yang saya lakukan sejak beberapa tahun yang lalu.
1. Yang belum memiliki kereta, kumpul duit setiap bulan semaksima yang boleh. Kemudian, beli kereta secondhand secara tunai dan pastikan kereta berada dalam keadaan baik.
Contohnya, Perodua Kancil RM6,000 - RM8,000.
Jangan fikir negatif tentang maintenance/repair/servis dahhulu. Guna dan pandu kereta dengan cermat, buat maintenance mengikut jadual. Kekalkan kereta dan jangan berangan nak menukar kereta.
Di sini saja anda telah melakukan langkah berjimat. Jika ansuran bulanan pembayaran keret baru yang dianggarkan RM500 - RM1,000 setiap bulan, setahun sudah tentu anda berjaya menyimpan RM6,000 - RM12,000!
2. Jika anda mempunyai kereta, kekalkan kereta anda walaupun telah dibayar habis. Usahlah bermimpi untuk tukar kereta baru. Cuba kekalkan kereta anda dalam 6 bulan, anda pasti akan mendapat duit lebihan. Contoh, RM500 sebulan, 6 bulan sudah tentu ada RM3,000 di tangan. Jika setahun, sudah tentu ada RM6,000!
3. Bayar bil secara berlebihan. Jika bil anda RM75, bayarlah RM100. Tetapkan pembayaran lebihan seperti ini setiap bulan dan jangan pula berfikir yang anda tidak perlu membayar untuk 2 - 3 bulan yang akan datang bila tengok amaun bil negatif. (Contoh negara -RM25 yakni TNB berhutang dengan kita). Disiplinkan diri membayar dengan cara ini sehingga hujung tahun. Anda akan mendapati bil anda telah capai RM300.
Jadi, bulan berikutnya anda ada duit lebih dan tidak perlu risau setiap bulan untuk membayar bil. Kaedah pembayaran lebihan ini hanya boleh dilakukan secara online sahaja. Pembayaran di kaunter tidak dibenarkan membayar lebih.
4. Berhentilah merokok. Maaflah ya perokok, anda boleh berjimat dengan menghentikan tabiat merokok di antara RM120 - RM200 sebulan. Angkanya mungkin lebih jika anda seorang perokok yang tegar.
5. Jangan buat pinjaman peribadi untuk apa-apa tujuan yang tidak penting. Juga tidak perlu beli insurans hayat jika anda betul-betul berjimat untuk beberapa tahun. Paling utama, jaga kesihatan agar tidak selalu jatuh sakit.
6. Saya sudah hampir 10 tahun berhenti melanggan perkhidmatan siaran berbayar ASTRO. Secara tidak langsung saya telah berjimat RM1,200 setahun. Bermakna saya sudah jimat RM12,000. Saya jarang menonton televisyen kerana selalu pulang lewat. Jika ada masa yang terluang pun, hanya 1 jam sahaja menyebabkan saya rasa tidak berbaloi melanggan ASTRO. Jika mahu menonton, saya tonton saja melalui laman YouTube (jika ada).
7. Kurangkan berbelanja makan minum mewah di luar. Tentunya dapat jimat RM150 - RM250 sebulan.
8. Jika pergi ke tempat kerja, gunakan kereta separuh jalan, parking berhampiran dengan stesen dan naik tren ataupun bas. Anda sudah jimat separuh tangki petrol kereta anda. Contoh, jika sebulan kos petrol RM400, anda sudah jimat RM200.
9. Elakkan shopping barang-barang yang tidak diperlukan. Jika setiap bulan berbelanja untuk pakaian, contoh RM150 - RM200, anda sudah jimat RM200. Tidak perlu risau, semasa travel nanti anda boleh shopping, beli barang overseas lagi tu.
10. Kurangkan penggunaan telefon. Berjumpa saja jika perlu berbual lama. Berbual hal yang bermanfaat sahaja. Ini dapat mengurangkan kos dan mungkin mengurangkan dosa bergosip, mengumpat atau fitnah.
Anda boleh jimat separuh atau lebih. Jika sebelumnya, penggunaan telefon mencecah RM90 sebulan, kini RM30 bertahan untuk sebulan. Saya jimat sebanyak RM720 setahun.
11. Jangan lupa banyakkan bersedekah terutamanya kepada ibu bapa, keluarga dan kepada yang benar-benar memerlukan. Jangan kedekut kerana bersedekah tidak akan membuatkan anda terus jatuh miskin. Malah Allah SWT akan membantu anda melalui orang-orang terpilih. Tetapi jangan terlalu berharap, nanti anda kecewa. Lakukan dengan hati yang penuh ikhlas tanpa berkira.
Jika anda rajin bersedekah, orang yang mahu berhutang pun akan terasa malu dengan anda sebab anda pun bukan orang kaya.
12. Rajin solat dhuha, dekati Allah SWT. Solat tahajjud jangan tinggal juga solat taubat, solat hajat dan solat istikharah. Bangun sebelum azan subuh dan siap-siap solat serta jangan tidur semula.
13. Sentiasa berfikir positif tentang semua perkara dan elakkan berfikiran negatif. Niat positif, fikir positif, berkata positif, bertindak positif, hasilnya akan memberikan yang terbaik. Mendisiplinkan diri itu paling penting, usah terpengaruh dengan anasir yang kurang sihat seperti diajak membeli kereta baru.
14. Banyak lagi faktor yang mempengaruhi bukan hanya sekadar menjimat duit. Tidak perlu join bisnes buat duit berjuta-juta yang belum tentu menjamin anda akan menjadi seorang jutawan.
15. Anda tak buat, anda tidak akan faham sebab saya buat kesemua ini dari pengalaman sendiri. Tak pergi ke kelas mahupun kursus.
~Travel doesn't need you to become rich~
Kredit - Q Rhy Mei

