Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5

'Filem Bujang Lapok Ada 4 Siri Wahai Clever Girl'


Siapa tonton program Clever Girl malam tadi? Sangkakan kejadian minggu lalu akan memberi pengajaran kepada mereka, namun masih tidak berubah bila mana netizen sekali lagi mengkritik 'kecerdikan' soalan yang diberikan kepada peserta program itu. 

Soalan yang diberikan adalah berapa banyakkah filem P.Ramlee yang ada perkataan Bujang Lapok.

Jawapan yang diberikan oleh peserta Clever Girl adalah, tiga dan jawapan itu disahkan betul oleh hos program, Alif Satar.


Bagaimanapun, peminat tegar filem klasik Bujang Lapok tampil menafikan jawapan itu dengan memuat 4 koleksi filem BUjang Lapok seperti:
  1. Bujang Lapok
  2. Pendekar Bujang Lapok
  3. Seniman Bujang Lapok
  4. Ali Baba Bujang Lapok

"Soalan di Clever Girl Malaysia, berapa filem P.Ramlee yang ada perkataan Bujang Lapok. Jawapan yang diberikan adalah 3. Masalahnya jawapan itu salah. Sebenarnya ada 4. Ini buktinya. Saya ada koleksi filem P.Ramlee tau. Jawapannya 4, bukan 3," kata Iffah Halim

Justeru, netizen sekali lagi mempersoalkan soalan yang diberikan itu benar-benar menguji minda atau sekadar menepati dakwaan bahawa Clever Girl hanya sekadar Game Show bagi memenuhi slot malam Ahad TV3? 

Terdahulu di minggu pertama Clever Girl, netizen mempersoalkan tahap kecerdikan pesertanya yang dilihat tidak mengenali Mahatma Gandhi serta tidak mengetahui bilangan negara yang terdapat dalam kepulauan Borneo. - PIXEL MEDIA
.


Fareez muncul juara Mentor Milenia


SHAH ALAM : Program realiti Mentor Milenia menyaksikan Fareez selaku protege kepada Hazama muncul juara pada persaingan akhir yang bersiaran secara langsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, di sini.

Fareez atau nama sebenarnya Muhammad Fareez Hazwan, 18, yang menjadi satu-satunya harapan mentornya, Hazama ke peringkat akhir mendapat tempat pertama dan membawa pulang wang sebanyak RM100,000 berserta trofi.

Manakala, Qody atau pemilik nama lengkap Rossaidi Abdul Rani,21, membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi menjadi kemuncak persaingan sengit selepas enam minggu berentap.

Pemuda dari Kedah itu menepis protege Black yang juga rakan seperjuangannya, Wanie di tempat ketiga.


Menjadi satu-satunya peserta wanita yang membolosi peringkat akhir, Wanie atau nama penuhnya, Nurul Syazwanie Mohd Basri,21, membawa pulang wang sebanyak RM20,000 berserta trofi.

Pemarkahan pada peringkat akhir ditentukan menerusi 50 peratus juri profesional, 20 peratus juri awam manakala undian peminat menerusi laman sesawang mewakili 30 peratus.

Terdahulu, dua pesaing iaitu protege Akim dan Azlan & The Typewriter terhenti langkah pada persaingan separuh akhir, Ahad lalu.

Mentor Milenia yang dipancarkan oleh Pamoga Qu Puteh selaku penaja utama dihoskan oleh Issey Fazlisham dan Marsha Milan Londoh menampilkan vokalis Search, Amy Search, komposer Ajai dan Azmeer selaku juri profesional jemputan.
.


'Excited' sampai laung 'I love u'



Nibong Tebal: "Kalau sudah excited (teruja) terkeluarlah ungkapan ‘I love you" itu. Saya tidak merancang pun," kata Shaheizy Sam, 34, selepas sah menjadi suami Syatilla Melvin, 25.



Dia melaungkan ungkapan cinta yang bermaksud saya sayang kamu itu sebaik sahaja melafazkan akad nikah di hadapan jurunikah.

"Saya bersyukur sebab segalanya dipermudahkan, rasa macam senang saja.

"Semalam (bertunang) saya macam baru lepas habis sekolah. Hari ini dah kahwin. Sudah jodoh, Alhamdulillah," katanya.

Sam atau nama sebenarnya Shaheizy Sam Abdul Samad bergelar suami Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin hanya dengan sekali lafaz.

Sam berkata, dia juga berjaya membuat isterinya menangis apabila membuat gimik pengsan di pelamin.

"Saya berjaya buat dia menangis, kejutan untuk saya raikan hari jadi dia," katanya.

Sam rebah di pelamin ketika sesi bergambar dan Syatilla kelihatan panik, namun ia hanya gimik kejutan hari lahir Syatilla.

Syatilla berkata, dia panik apabila melihat Sam yang baru menjadi suaminya pengsan.

"Saya terus panik, ada rasa macam nak pitam juga lihat suami kita pitam kan, sebab dia tidak pernah pengsan.

"Hari ini majlis nikah kami, sudah pasti saya takut, tapi saya tidak terfikir yang dia akan buat kejutan untuk saya," katanya.

Bagaimanapun, dia lega apabila Sam bangun dan menyanyikan lagu hari jadi untuknya.

Mengenai perkahwinan dengan pelakon popular itu, Syatilla bersyukur kerana selamat menjadi isteri Sam.

"Selepas akad nikah ini dan saya sah bergelar isteri dia (Sam). Saya rasa sudah tiada apa-apa lagi untuk orang lain memperkatakan perkara negatif mengenai kami.

"Saya bersyukur hubungan kami selama enam tahun dikukuhkan dengan ikatan perkahwinan ini," katanya.

Pasangan ini selamat bernikah di rumah keluarga Syatilla di Bukit Jawi Golf Villa pada jam 9 malam tadi.

Mereka akan diraikan dalam majlis resepsi di Bukit Jawi Golf Resort tengah ini (Selasa).

Mat Moto Kutip RM1 Juta Pada Hari Pertama Tayangan


Filem arahan pertama Pekin Ibrahim serta arahan bersama Syafiq Yusof iaitu Mat Moto khabarnya kini sudah berjaya mencapai jumlah kutipan RM1 juta hanya pada hari pertama tayangan.

Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh Pekin di laman Twitter miliknya. Malah selain itu, sokongan padu tidak henti-henti daripada peminat turut dapat dirasakan di akaun media sosial pelakon berkenaan.
Kehadiran naskhah filem Mat Moto dengan menggunakan tagline Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit sejak ditayangkan bermula 14 Januari baru-baru ini, sememangnya mempunyai sentuhan yang segar selain memaparkan elemen setiakawan yang kuat.
Kisahnya bermula apabila seorang lelaki bernama AL (pemilik sebuah syarikat suntingan filem) yang telah mengembara ke empat buah negeri untuk menunaikan hajat sahabatnya, Spark yang telah meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya.

Hajat AL dalam pengembaraan tersebut adalah untuk memiliki 4 jenis helmet rare yang amat berharga dan digilai oleh penggemar motosikal di tanah air. Sementara itu, dalam masa yang sama Sikha, seorang pelajar praktikal di pejabat AL telah mengikutinya.

Bermula daripada pengembaraan bersama tersebut, timbullah bibit cinta diantara mereka. Malangnya, hubungan mereka terhalang disebabkan satu peristiwa yang dirahsiakan oleh Sikha yang pastinya membuatkan perjalanan cerita ini semakin berliku.

Selain itu, filem ini juga turut dibintangi nama besar dalam industri perfileman seperti Shaheizy Sam, Zul Huzaimy, Faizal Hussein, Syamsul Yusof dan Kamarool Hj. Yusof. Adakah AL dapat menunaikan hajat sahabatnya atau niat tersebut terhalang, ayuh ke pawagam berdekatan anda untuk mendapatkan jawapannya!

Sam & Syatilla Umum Kahwin 8 Feb & Dapat Tajaan RM25 Juta


Dalam sidang media khas Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin hari ini, pasangan itu mendedahkan perkahwinan mereka yang akan berlangsung pada 8 Februari depan mendapat tajaan bernilai RM25 juta. 

Difahamkan, kedua-dua mereka akan mendapat tajaan barangan kemas antarabangsa, Ceres, yang bernilai RM20 juta. Majlis mereka juga turut mendapat tajaan dari Jakel, KL Wedding Ministry, Zaha Wedding Planner, Azasna Design, Atelia Amani, Lord's Tailor, Saiful Baharim dan Arma Couture, lapor BH Online. 

Selain itu, Qudyn KL, Laura Daddys, Casaclo, Kaio Studio, Amir Naufal Phootobooth, Moments Photobooth dan Hotel Sunway Putra turut tidak ketinggalan memberikan tajaan.

"Kami sendiri agak terkejut dengan jumlah tajaan ini. Bagaimanapun terima kasih kepada pihak yang sudi menaja dan menjadi sebahagian daripada hari bahagia kami. Majlis ini bagai meraikan mereka yang dianggap seperti keluarga kami," kata Shaheizy Sam. 

Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin telah lama mengenali masing-masing semenjak 2010. Hubungan mereka menjadi semakin intim sejak lima bulan yang lalu. 

Mereka akan dinikahkan di rumah keluarga Syatilla di Nibong Tebal, Pulau Pinang dan diikuti majlis resepsi di Bukit Jawi Golf Club pada 9 Februari dan di Hotel Mandarin Oriental pada 14 Februari. 

Tahniah kepada Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin. - THEHYPEMEDIA

'Astro Bayar Saya Bukan Untuk Jadi Bahan Lawak Awak Nabil' - Jamal


Belum reda lagi kritikan netizen terhadap tweet seorang pelakon lelaki terhadap Datuk Vida, kini netizen mempertikaikan pula kenyataan Jamal Abdillah.

Jamal Abdillah yang diundang selaku juri kali kedua ke konsert akhir GV2 itu dianggap sebagai 'perosak' mood dan program berikutan kenyataannya yang tidak masuk akal, dakwa netizen. 

"Malam ini, Astro bayar saya bukan untuk jadi bahan lawak awak tau," kata Jamal Abdillah kepada Nabil sebagai peringatan.

"Ala Tok, Astro pun cakap alang-alang dah bayar mahal tu, apa salahnya kenakan sikit-sikit," balas Nabil dalam nada gurauan. 

Di akhir program itu, Nabil telah memohon maaf pada Jamal. Namun sekali lagi Jamal mengulangi ayat yang sama dan memperingatkan Nabil bahawa orang Malaysia kaya dengan budi bahasa.

"Kita ini orang Malaysia, kaya dengan budi bahasa. Budi bahasa budaya kita," katanya.

Susulan itu, netizen mengekspresikan rasa tidak puas hati mereka di media sosial.

"Berlagak sangat kau kan Jamal? Cakap macam bagus. Kami sekeluarga tidak minat (pada) awak lagi selepas ini. Tengoklah contoh arwah Pak Yus (Jambu). Tak ada datuk apa pun tetapi orang kenang budi baik arwah di dunia dan tak sombong," kata Nur Raudhatul Raudha.

"Berlagak Jamal. Tiga kali ulang 'Astro bayar saya mahal²'. Tak sesuailah Jamal jadi juri. Sekali kena bahan balik dengan Datuk Vida 'Bayar mahal² tapi mic pun tak ada'. Datuk Vida memang terbaik," kata Kapten HK. - THEHYPEMEDIA




“Anugerah Ini Terlalu Baru & Fragile”- Dato Siti Nurhaliza Keguguran Semasa Hamil 2 Bulan


Hari ini, peminat penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza, dikejutkan dengan berita beliau keguguran pada 1 Disember semalam. 

Berikut luahan hati beliau yang dimuat naik  di laman Instagram:

"Bismillahirahmannirohhim. Tanggal 1hb Disember, rasanya sudah sampai waktu dan ketika yang sesuai untuk Siti kongsikan dengan peminat dan followers tersayang.  Mula-mula Siti ingin sangat berkongsi cerita indah, namun Siti percaya semua dugaan ada hikmah dariNYA. Ini semua meningkatkan lagi keimanan Siti kepada Pencipta Siti.

"Memang tidak mahu menafikan berita kehamilan kerana ia anugerah terindah yang lama Siti nantikan dan sudah pastinya peminat yang mendoakan juga. Nak mengiakan pun takut kerana anugerah ini terlalu baru dan 'fragile' untuk dihebahkan. Hanya memohon masa yang sesuai.

"Ternyata, Allah SWT pinjamkan anugerah ini untuk seketika. Sempat dua bulan Siti kandungkan dan Siti keguguran. Siti redha dan jauh di sudut hati amat bersyukur kerana Allah SWT beri Siti jawapan di atas doa Siti. InshaAllah semoga ia permulaan untuk anugerah yang seterusnya.

"Terima kasih suami, keluarga dan sahabat yang memberikan kata semangat dan peminat yang sentiasa mendoakan Siti. Siti yakin pada Perancang Terbaik dalam hidup Siti iaitu Allah SWT. Selepas habis proses berpantang ini, Siti akan menjalani kegiatan seperti biasa. Kena masuk Gym balik dan beberapa acara di Jakarta (plan asal shooting di Kuala Lumpur sebab pregnant). 

"Buat sahabat-sahabat iaitu peminat dan followers saya, teruskan doa yang baik-baik ye. Mana tahu dalam berjuta ada yang makbul doanya. Siti pun mendoakan agar Allah SWT kurniakan anugerah terbaik buat anda tak kiralah dalam apa bentuk yang anda inginkan. Sekian catatan panjang lebar dari saya dan semoga semuanya sudah jelas. Buat masa ini, izinkan Siti untuk berehat sebelum mula bekerja seperti biasa. Terima kasih Allah. Wassalam," katanya. - THEHYPEMEDIA

Amir (Raja Lawak) Kesal Sikap Rakan Pelawak Enggan Bantu Promosi Roti Bakar


GOMBAK: Pelawak Amir (Raja Lawak) terkilan dengan sikap segelintir rakan pelawak yang enggan membantunya mempromosi bisnes roti bakar menerusi laman sosial Instagram milik mereka.
Bagaimanapun, Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 27, berkata, ia adalah salah satu cabaran buatnya yang baharu menceburkan diri dalam bidang peniagaan.
“Susah juga nak minta bantuan rakan-rakan pelawak terutama yang popular, saya ada minta mereka promosi di Instagram sudah bagi gambar dan kapsyen sekali tapi tidak dilayan.
“Mula-mula dilayan saya, tapi bila saya kata minta tolong promosi terus senyap sahaja walaupun dia membaca mesej itu,” ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis Cabaran Grandstand Suria Fm di Gua Damai Extreme Park, di sini, Ahad.
Amir berkata demikian ketika mengulas perkembangan perniagaan makanan snek roti bakar, Roti Bakar Amirreka yang diusahakan sejak awal tahun lalu.
Setakat ini, Roti Bakar Amirreka sudah mempunyai dua cawangan iaitu di Sri Gombak dan Batu Caves, di sini.
Dalam pada itu, Amir berkata, dia mendapat bantuan daripada seorang selebriti laman sosial iaitu Zukieeeee.
“Ada seorang kawan mencadangkan agar saya membeli iklan di laman page seorang selebriti laman sosial iaitu Zukieeeee kerana dia mempunyai pengikut lebih 100,000 di Facebook.
Sementara itu, Amir berkata, dia ingin membuka peluang kepada orang ramai yang berminat untuk francais bagi menjalankan bisnes tersebut di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
“Saya juga sedang mencari orang yang berminat untuk membuka perniagaan ini di tempat mereka. Modal untuk membuka bisnes ini tidak begitu mahal dan boleh menghubungi rakan kongsi saya Shahril 0196037261,” ujarnya.
Dalam pada itu, dia juga merancang untuk berkolaborasi dengan Zukieeeee dalam menghasilkan video-video viral yang boleh menarik pengikut laman sosial.
“Saya nampak selebriti laman sosial seperti dia boleh hasilkan pendapatan juga. Video-video lucu yang dihasilkan menarik ramai pengikut.
“Ramai yang minta dia buat iklan dan review peniagaan dengan bayaran agak tinggi. Saya juga sedang fikir untuk berkolaborasi dan ber idea untuk video-videonya akan datang,” ujarnya.
-mStar


Top