Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


Tun Siti Hasmah Mohamad Ali, isteri kepada bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, sangat dikenali dengan sikapnya keibuan dan lemah lembut menyebabkan di disegani oleh kawan dan lawannya.

Sepanjang berada di samping suaminya sebagai perdana menteri, Hasmah tidak pernah mencetuskan sebarang kontroversi yang membawa imej buruk kepada Tun Dr Mahathir.

Sebaliknya, beliau dilihat lebih terlibat dengan aktiviti-aktiviti kebajikan melalui badan isteri menteri-menteri BAKTI. 

Pastinya, ramai yang ingin mengetahui, apakah rahsianya menjadi seorang isteri kepada pemimpin tertinggi negara ini. 

Dalam temubual bersama dengan wartawan MalaysiaKini, Hasmah mendedahkan, 'Jangan bersaing dengan suami anda,'. 

"Sebagai isteri PM, jangan bandingkan. Secara umumnya kamu mesti sokong suami, berpengetahuan, tahu apa yang berlaku di sekeliling dan mesti sentiasa bersama suami ketika bertemu dengan rakyat kerana mereka mahu tahu bahawa ini adalah isteri PM. Mereka bersama-sama, mereka mementingkan kekeluargaan.

"Jadi, kamu mesti sokong tetapi jangan sesekali bersaing dengannya dan jangan pandai-pandai janji. 

"Rakyat tak dapat berjumpa dengan suami, mereka jumpa dengan isterinya dan adalah mereka meminta apa-apa tetapi jangan janjikan sesuatu. Cukuplah kamu berkata akan sampaikan kepada suami untuk dipertimbangkan.

"Bukannya kerja seorang isteri nak beritahu orang ramai, 'Ya, saya akan pastikan kamu dapat itu ini, kontrak itu ini,'. Tidak, sebagai PM (Mahathir) tidak akan membenarkan, malah anak-anaknya sendiri juga tidak dibenarkan terlibat dalam politik. Saya juga anggota UMNO namun tiada jawatan dalam UMNO.

“Kamu mungkin doktor atau mungkin juga isteri anggota Parlimen. Tetapi jika kamu sombong, mereka (rakyat) tidak akan terima kamu. Mereka ajar saya bagaimana untuk merendah diri, buat baik dan bercakap sopan dengan orang." kata Hasmah yang mengakui beliau mempelajari kesemua itu ketika bertugas sebagai doktor pertama wanita Melayu di Kedah yang mana beliau bercampur dengan rakyat biasa yang kebanyakannya dari keluarga miskin.

Walaupun sudah tidak berjawatan dan tidak berkepentingan lagi dalam kerajaan, Hasmah tetap setia menemani suaminya ke mana-mana sahaja. - THEHYPEMEDIA.COM

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top